Saturday, 24 March 2012

KESINAMBUNGAN NOVEL

Maaf sebab aku tak dapat nak habiskan menulis novel. Tak ada masa nak mengadap laptop lama-lama. InsyaALLAh, kalau ada kesempatan lagi, aku akan teruskan cita-cita aku untuk menjadi seorang penulis novel. Terima kasih kepada yang membaca karya yang tak seberapa.harap anda semua dapat memberikan komen untuk memajukan lagi karya ini.



Monday, 16 January 2012


KISAH 1

Aku habis kuliah lebih awal dari biasa. Aku menunggu rakan – rakanku keluar dari bilik kuliah dan kami bergerak menuju ke kafeteria. Setibanya di kafe, aku terlihat kelibat seseorang yang cukup aku kenali. Kelihatannya dia begitu asyik berborak bersama – sama rakannya tanpa menyedari kehadiranku disitu.
Salah seorang rakanku telah memilih tempat duduk yang berhadapan dengannya. ‘kenapalah mesti duduk kat sini? Kan banyak lagi tempat lain..’ bisik hatiku sendiri. Untuk apa aku perlu merasa dengan kehadirannya? Aku ke kafe untuk menikmati makan tengah hari. Jadi adalah lebih baik aku mengganggapnya seperti tidak wujud.
Setelah memilih lauk untuk dijamu, aku kembali ketempat duduk yang telah dipilih. Tiba – tiba salah seorang dari rakannya menyedari kehadiranku disitu. Aisyah, merupakan rakan sekuliahnya menyindirku dengan ayat – ayat yang membuatkan kau terasa ingin menitiskan air mata.
“Aik? Fareena ada kat sini lah.. Hairul, awek kau ada kat belakang kau la, merah padam muka dia bila aku sebut nama kau. Fareena, ni Hairul ada kat sini tak nak datang jumpa abang sayang kau ke?” itulah antara kata – kata yang diungkapkan oleh Aisyah.
Aku terasa seperti dipermainkan. Kata – katanya itu membuatkan hati aku menjadi geram dan marah. Aku pendamkannya sahaja. Maruah aku seperti dipijak – pijak, jantung aku berdegup laju, tubir mataku terasa berat menahan air mata. Inilah kali pertama aku dimalukan sebegini rupa. ‘Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini.. Kuatkanlah semangatku..’ aku memanjatkan doa kepada yang maha Esa. Betapa malunya aku diperlakukan sebegini rupa. Hanya Tuhan saja yang tahu.
Selesai menikmati juadah makan tengah hari, kami berangkat menuju ke hostel. Aku berungtung karana mempunyai rakan – rakan yang setia berada disisiku diwaktu senang dan susah. Sepanjang perjalanan, aku hanya melayan perasaan tanpa menghiraukan gurauan mereka. Diam, itu saja yang aku mampu lakukan tatkala ini.
“Dah la Reena, lupakan apa yang Aisyah cakap tadi. Dan lupakan juga lelaki tu, buat apa dikenangkan lagi. Sekarang kau tengok, apa dah dia orang buat kat kau? Hari ni mungkin si Aisyah akan cakap macam tu, esok lusa, apa pula dia akn buat. Ada si Hairul bangkang apa yang Aisyah cakapkan tadi? Sikit pun dia tak marah ataupun tegur. Untuk apa kau mengharap dia kembali pada kau lagi? Buang habis masa kau je...” panjang lebar nasihat yang diberikan oleh kak Ana kepadaku. Aku senyum dan menggangguk tanda faham apa yang diperkatakannya.

 TO BE CONTINUE,,,

Sunday, 15 January 2012

cerita rekaanku (enjoy it,,,)

PROLOG

Suasana di talian telefon tiba – tiba senyap. Fareena kehabisan kata untuk dibicarakan. “Saya dah fikir masak – masak, rasanya lebih baik kita tamatkan hubungan kita sampai disini sahaja.” Kata – kata Hairul telah membuatkan aku mati akal. Perlukah aku mempertahankan hubungan yang baru berputik? Atau aku biarkan sahaja hubungan ini gugur bersama – sama putik yang baru tumbuh? Macam tidak percaya dengan apa yang aku baru dengar sebentar tadi. Aku perlu kuat untuk mencari punca kehancuran hubungan ini.
“Tapi... apa salah saya? Kalu saya ada buat salah, tolong beritahu dan saya akan betulkan semua salah silap saya tu.. jangan buat saya macam ni. Hubungan ni masih baru, banyak lagi yang kita boleh betulkan sekiranya terdapat kesalahan...” suaraku semakin serak. Tubir mataku tidak dapat menahan air dari keluar. Dan akhirnya air mata laju berjujuran melalui ke pipi.
Fareena masih tertanya – tanya punca perpisahan antara dia dan lelaki yang pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu. Hairul telah membuatkan tidurnya tidak lena selama lebih setahun. Kini, tidurnya kembali tidak lena dek kerana peristiwa yang berlaku siang tadi. Seharian Fareena menangis memikirkan hubungan yang hancur dalam masa yang begitu singkat.
Hairul Iqmal, lelaki yang pernah disukai oleh Aqilah Fareena. Hairul memiliki wajah yang agak tampan, bertubuh tegap, tinggi lampai dan berkulit sedikit putih membuatkan hatinya menjadi tidak keruan. Pertama kali melihatnya, Fareena telah jatuh cinta. Sememangnya Hairul memiliki ciri – ciri yang diidamkannya. Luaran seseorag tidak penting, yang penting dalamannya. Benarlah kata pepatah jangan menilai seseorang dari luaran, kita perlu melhat dalamnya juga. Tidak semestinya buah yang buruk tidak mempunyai isi yang cantik dan manis.
Ah! Aku buta dalam menilai seseorang. Hanya kerana luarannya sahaja, aku telah jatuh cinta. Silap aku juga kerana terlalu awal memberitahu perasaan hatiku. Hubungan yang baru mencecah usia dua bulan telah hancur musnah. Pada awalnya, semuanya indah dan manis. Tetapi siapa duga akirnya akan jadi begini? Fareena tidak henti – henti mengutuk dirinya sendri. Setiap malam dia akan menyalahkan dirinya diatas apa yang berlaku.
“Ngah, aku dah putus dengan Hairul tapi, aku tak tahu apa punca perpisahan antara kami...” air mataku terus mengalir tatkala menyampaikan berita itu kepada satu – satunya adik yang memahami diriku.
Riaksi Aina Syahida sedikit terkejut dengan berita itu. Reaksi mukanya serta – merta bertukar menjadi geram dan marah. Emosinya pula yang lebih terganggu dari aku. Akhirnya dia bersuara memberikan pendapat dan sokongan kepadaku.
“Sabar la long, mungkin ada hikmah disebaliknya.. Allah saja nak uji kesabaran kau tu.. jangan kau terus meratapi apa yang telah ditentukan olehNya. Kau kena kuat hadapi semua ni... Hidup kau masih panjang lagi..” panjang lebar nasihat yang diberikannya kepadaku.

SUASANA pagi ini agak tenang berbanding semalam. Tidurku kembali lena walaupun tidak selena dulu. Aku bangun menuju ke bilik air dan membersihkan diri sebelum bersiap untuk pergi ke kelas. Setelah sudah bersiap, seperti biasa aku akan pergi ke kelas bersama – sama rakan sebilikku. Tanpa diduga, aku terlihat kelibat ‘dia’ bersama seorang perempuan. Tetapi, siapakah gerangan perempuan itu? Jantungku berdegup kencang. Mukaku berubah ke warna kemerahan.tanganku menggeletar menahan kemarahan. ‘Ah! Kenapalah dia mesti muncul dekat sini, dengan perempuan pulak tu..’ bisik hati marahku.
“Reena, kau nampak tak si sengal kat depan tu? Tengah jalan dengan budak junior kitakan? Bukan main mesralagi aku tengok dia orang tu.. Ee... geram pulak aku..” bebel salah seorang dari rakanku.
“Aku rasalah, dia orang tu dah bercinta tau. Kalu ikut dari sumber – sumber yang boleh dipercayai, memang sah yang si Hairul tu dah bercinta dengan budak perempuan tu. Tapi tak tau pulak aku sejak bila dia orang bercinta..” sambung Fyda lagi.
Riak mukaku berubah. Terpinga – pinga aku mendengar apa yang Fyda katakan itu. hairan sungguh, sejak bila mereka menjalinkan hubungan? Sejak si Hairul masih bersama aku lagi atau selepas putuskan aku? Jawapan tu semua ada padanya. Bukan padaku. Aku meneruskan perjalan menuju ke bilik kuliah tanpa memendang ke arah mereka berdua. Hatiku menjadi panas dengan tiba – tiba. Malas la nak fikir pasal mereka, nanti aku boleh jadi gila.
“Mungkin dia dah jumpa pengganti yang lebih baik dari aku... Sebab tu la dia beria nak putuskan hubungan ni.. sebenarnya, dah banyak kali juga aku nampak dia dengan perempuan tu.. tapi malas nak fikir yang bukan – bukan.” Aku bersuara dari diam.
Tapi, apakan dayaku. Aku hanya mampu menangis dan berdiam diri. Mereka memang sengaja mahu kenakan aku. Apa yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Walaupun hati ini sakit yang teramat sangat,aku masih menyimpan perasaan cinta dan sayang kepadanya. Entah mengapa cinta dan sayang aku untuknya begitu sukat untuk dilupuskan begitu sahaja.
Hampir setiap hari jari – jemariku mendail dan menghantar pesanan ringkas kepadanya. “Ya Allah, mengapa aku jadi begini? Kenapa masih sukar untuk aku melupakannya. Kuatkan hati hambaMu ini, buanglah ‘dia’ jauh dari hidupku...amin...”

Friday, 13 January 2012

~peneman hidupku~


NOVEL??? Apa yang bestnye aek?? Entah la, dulu tak la minat sangat nak baca novel ni.. Tapi bila dah baca, 'TERminat' pulak.. haha, cam kelakar je.. dari satu novel ke satu novel.. Akhirnya dah lebih dari 10 naskah yang aku ada... macam tak caye je.. agak2nya lepas ni novel aku bertambah ataupun tak? mmm, jawapannya.... aku sendiri yang tau.... =)