Monday, 16 January 2012


KISAH 1

Aku habis kuliah lebih awal dari biasa. Aku menunggu rakan – rakanku keluar dari bilik kuliah dan kami bergerak menuju ke kafeteria. Setibanya di kafe, aku terlihat kelibat seseorang yang cukup aku kenali. Kelihatannya dia begitu asyik berborak bersama – sama rakannya tanpa menyedari kehadiranku disitu.
Salah seorang rakanku telah memilih tempat duduk yang berhadapan dengannya. ‘kenapalah mesti duduk kat sini? Kan banyak lagi tempat lain..’ bisik hatiku sendiri. Untuk apa aku perlu merasa dengan kehadirannya? Aku ke kafe untuk menikmati makan tengah hari. Jadi adalah lebih baik aku mengganggapnya seperti tidak wujud.
Setelah memilih lauk untuk dijamu, aku kembali ketempat duduk yang telah dipilih. Tiba – tiba salah seorang dari rakannya menyedari kehadiranku disitu. Aisyah, merupakan rakan sekuliahnya menyindirku dengan ayat – ayat yang membuatkan kau terasa ingin menitiskan air mata.
“Aik? Fareena ada kat sini lah.. Hairul, awek kau ada kat belakang kau la, merah padam muka dia bila aku sebut nama kau. Fareena, ni Hairul ada kat sini tak nak datang jumpa abang sayang kau ke?” itulah antara kata – kata yang diungkapkan oleh Aisyah.
Aku terasa seperti dipermainkan. Kata – katanya itu membuatkan hati aku menjadi geram dan marah. Aku pendamkannya sahaja. Maruah aku seperti dipijak – pijak, jantung aku berdegup laju, tubir mataku terasa berat menahan air mata. Inilah kali pertama aku dimalukan sebegini rupa. ‘Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini.. Kuatkanlah semangatku..’ aku memanjatkan doa kepada yang maha Esa. Betapa malunya aku diperlakukan sebegini rupa. Hanya Tuhan saja yang tahu.
Selesai menikmati juadah makan tengah hari, kami berangkat menuju ke hostel. Aku berungtung karana mempunyai rakan – rakan yang setia berada disisiku diwaktu senang dan susah. Sepanjang perjalanan, aku hanya melayan perasaan tanpa menghiraukan gurauan mereka. Diam, itu saja yang aku mampu lakukan tatkala ini.
“Dah la Reena, lupakan apa yang Aisyah cakap tadi. Dan lupakan juga lelaki tu, buat apa dikenangkan lagi. Sekarang kau tengok, apa dah dia orang buat kat kau? Hari ni mungkin si Aisyah akan cakap macam tu, esok lusa, apa pula dia akn buat. Ada si Hairul bangkang apa yang Aisyah cakapkan tadi? Sikit pun dia tak marah ataupun tegur. Untuk apa kau mengharap dia kembali pada kau lagi? Buang habis masa kau je...” panjang lebar nasihat yang diberikan oleh kak Ana kepadaku. Aku senyum dan menggangguk tanda faham apa yang diperkatakannya.

 TO BE CONTINUE,,,

No comments:

Post a Comment